Sunday, 17 June 2012

Selamat Datang Ke KGMPPB





Selamat melayari laman interaksi Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad (KGMPP Berhad ).Lokasi pejabat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad terletak di No.14, Jalan Barrack dan berhampiran dengan Hospital Pulau Pinang dan Penjara Pulau Pinang.

KGMPP Berhad merupakan sebuah pertubuhan bersama milik orang Islam sepenuhnya yang berkhidmat untuk Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. KGMPP Berhad  ditubuhkan pada 21 Jun 1926 dan telah beroperasi selama 86 tahun. Dalam tempoh tersebut pelbagai pendekatan telah digunapakai untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada ahli anggotanya. 

Teras utama perjalanan KGMPP Berhad adalah memberi pinjaman kepada guru - guru dan kakitangan Kementerian Pelajaran yang berbangsa melayu sahaja. KGMPP Berhad menawarkan produk perkhidmatan berupa pinjaman di samping menggalakKan jimat cermat dalam kalangan anggotanya menerusi pelaburan Modal Syer, Modal Yuran dan Simpanan Khas. Kebajikan anggota turut diberi keutamaan oleh KGMPP Berhad melalui beberapa Skim dan Kumpulan Wang yang diwujudkan seperti Skim Khariat Kematian dan Skim Wang Bantuan Pelajaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai kegiatan KGMPP Berhad atau untuk mendaftar sebagai anggota, anda boleh berhubung terus dengan Pengurus KGMPP Berhad (En. Radhi) di talian 04-2295514 atau datang terus ke pejabat kami di alamat yang dinyatakan diatas. 

Berjumpa lagi kita pada entry yang akan datang. 

Sekian, Terima Kasih.








No comments:

Post a Comment